Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Mohamad Zahri Samingon dan Komandan Pusat Latihan Penguat Kuasa Selangor (Pulapes), Muhamad Hijaz Mohd Azhar bergambar bersama peserta selepas majlis perasmian penutup tamat latihan kursus asas penguat kuasa Selangor siri 2/2023 di Pulapes, Jugra pada 29 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

37 pembantu penguat kuasa tamat kursus asas, amal sikap profesional, integriti

BANTING, 29 SEPT: Seramai 37 pembantu penguat kuasa berjaya menamatkan kursus asas penguat kuasa siri dua 2023 hari ini, selepas lebih dua bulan mengikuti modul di Pusat Latihan Penguat kuasa Selangor (Pulapes), Jugra di sini.

Mereka terdiri daripada 30 pembantu penguat kuasa gred KP19 lelaki termasuk tujuh wanita yang mewakili jabatan, agensi dan satu pihak berkuasa tempatan (PBT) luar Selangor.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Mohamad Zahri Samingon berkata peserta didedahkan pelbagai modul seperti pengetahuan asas undang-undang, tatacara kerja selain modul menguji ketahanan fizikal dan kawad.

.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Mohamad Zahri Samingon berucap pada majlis perasmian penutup tamat latihan kursus asas penguat kuasa Selangor siri 2/2023 di Pusat Latihan Penguat Kuasa Selangor (Pulapes) Jugra pada 29 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Modul dihasilkan melibatkan pelbagai aspek agar penguat kuasa sedia mendepani cabaran perkhidmatan awam. Saya yakin, ilmu dan kemahiran dipelajari dalam tempoh 46 hari akan meningkatkan lagi tahap kualiti penguat kuasa.

“Segala ilmu dan pengalaman ini perlu dimanfaatkan jika mahu menjadi penguat kuasa yang berkualiti kelak. Tahniah kepada semua penguat kuasa kerana melepasi semua modul dengan jayanya,” katanya.

Berucap pada majlis perbarisan tamat latihan, beliau juga menyeru penguat kuasa supaya sentiasa bersikap profesional selain mengelak culas ketika bertugas memandangkan tindak-tanduk mereka diperhatikan masyarakat.

.Pertunjukan Tempur Tanpa Senjata (TTS) pada majlis perasmian penutup tamat latihan kursus asas penguat kuasa Selangor siri 2/2023 di Pusat Latihan Penguat Kuasa Selangor (Pulapes) Jugra pada 29 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Mohamad Zahri juga meminta penguat kuasa peka dengan perubahan yang berlaku di sekitar seterusnya bertindak segera bagi memastikan kelancaran perkhidmatan.

“Anda melambangkan imej sebuah jabatan dan agensi Kerajaan Selangor, jadi jalankan dengan penuh integriti. Di mana pun anda berada, lakukanlah dengan segenap hati.

“Ini amanah diberikan dalam menggalas harapan rakyat Selangor. Pastikan undang-undang diperuntukkan agensi dan PBT dipatuhi bagi mencapai matlamat memperkasa komuniti setempat,” katanya.


Pengarang :