Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah di Jualan Ehsan Rahmah DUN Bandar Baru Klang di Surau Al Falah, Klang pada 24 Ogos 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah barangan asas di Ijok, Kota Damansara, Bukit Antarabangsa esok

SHAH ALAM, 1 OKT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) barangan asas seperti ayam, ikan, telur dan beras diteruskan di tiga lokasi esok.

Insiatif meringankan beban rakyat kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari itu diadakan di balai raya MPKK, Jalan Balai Raya Kampung Bukit Cherakah, Ijok; Pasar Tani Kampung Melayu Subang, Kota Damansara dan Flat Taman Dagang, Fasa 2, Bukit Antarabangsa.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :