Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah memindahkan mangsa banjir di Mukim Derang, Pokok Sena ke pusat pemindahan sementara pada 28 Ogos 2023. Foto Facebook APM Kedah
AGENDANASIONAL

Banjir di Kedah: 67 mangsa masih berlindung di dua PPS takat 8 pagi

ALOR SETAR, 2 OKT: Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 67 orang daripada 23 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 114 orang daripada 36 keluarga, malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan seramai 63 orang daripada 22 keluarga manakala empat orang daripada satu keluarga berlindung di PPS SK Seri Gunung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata sekiranya keadaan cuaca baik dan air surut sepenuhnya hari ini, kesemua mangsa yang masih berada di pusat pemindahan berkenaan boleh pulang ke rumah masing-masing.

— BERNAMA


Pengarang :