PBTSELANGOR

MBSJ tawar kompaun kesalahan trafik terpilih hingga 31 Disember

SHAH ALAM, 2 OKT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan kadar sama rata RM10 bagi penyelesaian kompaun kesalahan trafik terpilih.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan kempen bermula 1 Oktober hingga 31 Disember sempena ulang tahun bandar raya ketiga.

“Jangan lepaskan peluang untuk menyelesaikan kompaun trafik anda kecuali bagi kesalahan yang dinyatakan di poster,” katanya di Facebook.

Menurut MBSJ, kempen kadar rata tidak terpakai untuk beberapa kesalahan termasuk pemanduan kenderaan berat pada waktu dan di kawasan terlarang, tindakan tunda kenderaan dan tindakan ke atas kenderaan buruk atau terbiar.

“Selain itu kesalahan penyalahgunaan petak letak kereta khas bagi Orang Kurang Upaya (OKU) serta membaiki atau mencuci kenderaan di tempat letak kereta.

“Kesalahan lain adalah meletakkan kenderaan bukan di tempat letak kereta dan melakukan halangan tempat letak kereta,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut layari laman sesawang www.mbsj.gov.my


Pengarang :