Pengunjung memenuhi Pavilion Selangor bagi melihat tempat menarik untuk bercuti di Selangor ketika Fiesta Pusing Selangor Dulu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 2 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Matta: Pavilion Selangor catat jualan RM1.03 juta, 80,000 pengunjung

SHAH ALAM, 3 OKT: Pavilion Selangor mencatat kutipan jualan RM1.03 juta menerusi penyertaan Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2023 bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad berkata lebih 80,000 individu turut dicatatkan berkunjung ke pavilion berkenaan sepanjang tiga hari pameran mulai 1 September.

“Tourism Selangor membawa dampak besar kali ini dengan aplikasi GL Play sebagai rakan strategik.

“Penyertaan kali ini juga mencatatkan jumlah jualan tertinggi Tourism Selangor sepanjang 12 tahun berturut-turut dalam pameran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penekanan kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” dalam pameran tersebut turut menarik pengunjung termasuk sesi ramah mesra bersama duta kempen Che Puan Juliana Evans.

Sementara itu, Presiden Matta Nigel Wong berkata pameran tersebut mempamer beberapa strategi baharu bagi merangsang pertumbuhan pelancongan domestik melibatkan negeri dan pengusaha hotel.


Pengarang :