Pasukan Tindakan Segera (Pantas) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjalani latihan simulasi bencana di Lembah Jaya. Foto MPAJ
PBTSELANGOR

Anggota, aset menyelamat MPAJ siap siaga kemungkinan bah

SHAH ALAM, 3 OKT: Anggota penyelamat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjalankan simulasi bencana sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan seramai 156 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS)  terlibat dalam latihan tersebut yang diadakan di Lembah Jaya, baru-baru ini.

“Latihan dan simulasi itu turut meliputi aktiviti membina keyakikan di dalam air, teknik menyelamatkan diri dalam air, teknik menyelamatkan mangsa dan pengendalian bot penyelamat.

“MPAJ turut menyediakan lebih 100 aset seperti bot, kayak, lori, kenderaan pacuan empat roda, dron, jengkaut dan khemah bagi berhadapan sebarang kemungkinan bencana,” katanya menerusi kenyataan.

MPAJ turut menyediakan 12 pusat penempatan sementara dan pusat kawalan sekiranya berlaku bencana di lokasi berikut:

  • Dewan Perbandaran MPAJ (Jalan Pandan Ilmu, Pandan Indah)
  • Dewan Dato’ Ahmad Razali (Jalan Besar Ampang, Ampang)
  • Dewan AU2 (Jalan AU2A, Taman Sri Keramat)
  • Dewan AU5 (Jalan AU5, Taman Lembah Keramat)
  • Dewan Ukay Perdana (Jalan Persiaran Sering Ukay 2, Taman Ukay Perdana)
  • Dewan Cheras Hartamas (Jalan Cheras Hartamas 8 (Bayu Mas) Taman Bukit Segar)
  • Dewan Cempaka (Jalan Cempaka 25, Taman Cempaka)
  • Dewan Cheras Baru (Jalan Kuari, Kg. Cheras Baru)
  • Dewan Tasik Tambahan (Jalan Tasik Tambahan 3, Kg. Tasik Tambahan)
  • Dewan Ampang Jaya (Jalan 1 Taman Ampang Jaya)
  • Dewan Jalan H, Kg. Pandan
  • Dewan Lembah Jaya Utara (Jalan Bukit Belacan, Taman Desa Lembah Permai)

Pengarang :