Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap dalam sidang media di foyer pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 4 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dua tawaran Tekad Kita Selangor diumum dalam tempoh 100 hari pentadbiran

SHAH ALAM, 5 OKT: Dua lagi tawaran Tekad Kita Selangor akan diumum dan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pentadbiran Kerajaan Negeri.

Ia meliputi bantuan baucar buku Kita Selangor bernilai RM200 kepada mahasiswa serta inisiatif RM1,000 kepada 5,000 wanita berkerja bagi mengurangkan kos penjagaan anak.

“Inilah pentadbiran yang melaksanakan janji, mempunyai perancangan dan visi untuk negeri dan rakyat dan mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang,” kata Dato’ Menteri Besar di Facebook.

Semalam Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan pelaksanaan tiga daripada lima tawaran Tekad Kita Selangor bermula bulan ini, seperti dijanjikan pada Julai.

Tawaran merangkumi pengecualian cukai taksiran 426,656 rumah kos rendah dan kampung untuk penggal kedua tahun ini melibatkan implikasi kewangan RM29.415 juta.

Bayaran kepada 760 imam negeri ini ditingkatkan sebanyak RM200 kepada RM1,500 manakala elaun bagi 1,900 nazir, bilal, dan siak juga dinaikkan RM50 sebulan kepada RM300 (nazir), RM340 (bilal) serta RM290 (siak).

Amirudin turut mengumumkan insentif RM1,000 kepada 500 golongan petani dan nelayan berbentuk RM500 tunai manakala baki menerusi input peralatan.


Pengarang :