Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan lima kawasan tidak sihat setakat jam 10 pagi pada 5 Oktober 2023. Foto laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS)
AGENDANASIONAL

Lima kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat takat 10 pagi

SHAH ALAM, 5 OKT: Lima kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini.

Bukit Rambai, Melaka adalah kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 153.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatat IPU melebihi 100 ialah Bandaraya Melaka (151), Port Dickson (124) di Negeri Sembilan dan Batu Pahat (132) serta Tangkak (122) di Johor.

Sebanyak 51 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100) manakala 12 kawasan lain merekodkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Sementara itu Shah Alam merekodkan bacaan 79, Petaling Jaya (80), Johan Setia (77) dan Klang (85).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

 


Pengarang :