SHAH ALAM, 6 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menzahirkan rasa sukacita dan sangat tertarik dengan lukisan terbaharu Pelukis Diraja Selangor Dato’ Azman Yusof.
Facebook Selangor Royal Office memaklumkan karya itu diinspirasi daripada gambar yang dirakam ketika Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berada di Madinah.
“Gambar itu diambil ketika Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin berada di Madinah, semasa dalam perjalanan menunaikan haji tahun ini.
“Ia dirakam di perkarangan Raudhah, Masjid Nabawi berdekatan makam Junjungan Besar Rasullullah S.A.W,” menurut hantaran itu.
Baginda turut berkenan mempamerkan lukisan berkenaan di Istana Alam Shah, Klang.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/10/image_6483441-43-400x500.jpg.webp)