Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama peniaga pasar rakyat sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang daerah Klang di Jeti Pengkalan Nelayan, Kampung Delek, Klang pada 18 Februari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

KoHijrah agih bantuan kepada petani, nelayan minggu hadapan

SHAH ALAM, 7 OKT: Proses agihan bantuan imput tanaman, peralatan dan bahan mentah kepada penerima insentif Kerajaan Negeri akan dimuktamadkan pada minggu hadapan.

Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah), Mohammad Syukri Ismail berkata, pihaknya sudah bermesyuarat bersama agensi berkaitan Selasa lalu bagi membincangkan bentuk keperluan termasuk senarai penerima.

“Menerusi mesyuarat itu, antara bantuan dikenalpasti ialah baja yara 100 kilogram diberikan kepada petani manakala nelayan pula menerima probiotik, kit pemeriksaan kualiti air serta beberapa lagi keperluan.

Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah) Mohammad Syukri Ismail bercakap kepada Media Selangor ketika Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Taman Banting Baru, Kuala Langat pada 17 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Selain itu, penerima yang mendapat manfaat dicadangkan oleh agensi dan berdaftar dengan mereka selain tidak pernah menerima sebarang bantuan,” katanya dihubungi SelangorKini.

Tambahnya, mesyuarat akhir diadakan bersama agensi berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk keputusan berkaitan agihan dan senarai penerima pada minggu hadapan.

Selasa lalu, Dato’ Menteri Besar mengumumkan 500 pengusaha tanaman, ternakan, akuakultur, industri asas tani dan nelayan bakal menerima insentif RM1,000 untuk meningkatkan kadar pengeluaran.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, pemberian dibuat dalam bentuk tunai sebanyak RM500 manakala baki menerusi imput tanaman, peralatan dan bahan mentah yang akan diserahkan pada 31 Oktober.

Katanya, agihan insentif tersebut dilaksanakan menerusi kerjasama Agro Bank Selangor dan KoHijrah.

Perkara tersebut sebahagian daripada lima komitmen utama dalam tempoh 100 hari pentadbiran Selangor berdasarkan ketetapan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Pengarang :