Lebih 200 orang menghadiri Talaqqi Kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali yang dipimpin oleh Tokoh Ulama dari Pattani, Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni sempena Festival Turath Islami Selangor di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor, Shah Alam pada 1 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ulama Pattani kupas dua kitab dalam talaqqi 10, 11 Oktober

SHAH ALAM, 8 OKT: Dua kitab akan dikupas secara terperinci dalam program Talaqqi Kitab Turath Islami yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini mulai 10 Oktober.

Menurut Facebook Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), huraian oleh ulama terkenal Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni meliputi Ihya’ ‘Ulumuddin dan Mawaqif al-Marjan.

“Talaqqi ini merupakan pengajian kitab secara tradisi menggunakan pendekatan membaca perkataan demi perkataan, disertai huraian oleh tuan guru,” jelas agensi itu.

IBDE memaklumkan Kitab Ilmu Jilid 1 daripada Kitab Ihya Ulumuddin, terjemahan bahasa Melayu yang pertama di Malaysia turut dijual dalam program yang berlangsung selama dua hari.

Menurut agensi itu, kupasan kitab akan diadakan pada sesi dhuha jam 8.45 hingga 11.30 pagi (10 Oktober), manakala sesi isyak dari 8.30 hingga 11 malam (10 dan 11 Oktober).

Program keagamaan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk pejabat Dato’ Menteri Besar merupakan kesinambungan Festival Turath Islami Selangor yang dianjurkan pada 20 Mei lalu.

Ia bertujuan menyemarak lagi minat umat Islam terhadap pemikiran al-Ghazali, ilmuan Islam pelbagai bidang yang berpengaruh ke serata dunia.


Pengarang :