Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Balairaya Taman Cheras Utama, Kajang pada 3 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sementa, Sungai Ramal, Seri Serdang lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 9 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke tiga lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Program diadakan di Arena Square Bukit Kapar (Sementa), Taman Ramal Indah di Kajang (Sungai Ramal) serta Taman Puchong Utama (Seri Serdang).

Hari ini jualan murah barangan asas diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Klang Utama (Bandar Baru Klang), Surau Nurul Iman Tali Air 8, Sungai Leman (Sekinchan) dan Balai Penghulu Mukim Kerling (Kuala Kubu Bharu).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :