Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ganti aset loji, bekalan air pulih hampir 40 peratus setakat 9 pagi

SHAH ALAM, 12 OKT: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas akibat penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat mencapai 38.35 peratus setakat 9 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan wilayah Hulu Langat menerima semula bekalan mencecah 82.7 peratus, Petaling (73 peratus) dan Kuala Lumpur (10.8 peratus).

“Tempoh pemulihan bekalan air berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” kata syarikat itu di Facebook.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor atau saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

Selasa lalu, Air Selangor melaksanakan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Langat dan mengakibatkan gangguan bekalan air berjadual di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

Bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari ini.


Pengarang :