AGENSISELANGOR

MBPJ anjur hari bertemu pelanggan, buka kaunter bayaran, aduan Sabtu ini

SHAH ALAM, 12 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempelawa orang ramai hadir ke program hari bertemu pelanggan Sabtu ini.

Bertempat di Pasar Raya Matahari PJS 2/3 dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari, orang ramai berpeluang menyalurkan aduan kepada pihak berkuasa tempatan itu.

Menerusi program itu, MBPJ akan memberi maklum balas terhadap penduduk dengan segera selain melihat kemajuan pihak berkuasa tempatan di Selangor.

Selain berkongsi masalah dan aduan, MBPJ turut membuka kaunter bayaran, rayuan dan pertukaran nama cukai taksiran.

Turut diadakan pameran jabatan MBPJ, Tabung Haji, Polis Diraja Malaysia, ceramah serta pelbagai permainan dan busking.


Pengarang :