Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pada 10 Oktober 2023. Foto Air Selangor
AGENDANASIONAL

Ganti aset loji, bekalan air pulih 61.4 peratus takat 3 petang

SHAH ALAM, 12 OKT: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas susulan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat mencapai 61.4 peratus setakat 3 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan wilayah Petaling menerima semula bekalan mencecah 89.2 peratus, Kuala Lumpur (37.8 peratus) manakala Hulu Langat pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari.

Air Selangor memaklumkan bekalan air bagi kawasan yang masih terjejas meliputi wilayah Petaling dan Kuala Lumpur dijangka pulih sepenuhnya pada 6 pagi esok.

“Tempoh pemulihan bekalan air berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” kata agensi itu menerusi Facebook.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor atau saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

Selasa lalu, Air Selangor melaksanakan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Langat dan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat.

Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti berikut:


Pengarang :