SHAH ALAM, 13 OKT: Sebanyak 4,100 jalan persekutuan yang berlubang sudah dibaik pulih dengan tidakan diambil dalam tempoh 24 jam setakat Ogos lalu.
Perdana Menteri berkata pihaknya komited dan segera mengambil tindakan selepas mendapat aduan berhubung kerosakan jalan.
“Alhamdulillah, setakat Ogos lebih 4,100 jalan berlubang di Jalan Persekutuan telah dikenal pasti dan dibaik pulih. Kerajaan komited memastikan tindakan diambil dalam tempoh 24 jam setelah menerima aduan jalan berlubang.
“Kerajaan negeri juga harus memanfaatkan sepenuhnya peruntukan MARRIS berjumlah RM5.4 bilion yang disalur bagi memastikan jalan negeri juga dalam keadaan terbaik untuk kegunaan rakyat,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentang Belanjawan 2024.
BERITA MENYUSUL…