Tandas awam bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Jalan SS2/61 Petaling Jaya (gambar hiasan). Foto Majlis Bandaraya Petaling Jaya
AGENDANASIONAL

Peruntuk RM150 juta baiki tandas awam bawah 150 PBT seluruh negara

SHAH ALAM, 13 OKT: Tandas awam bawah kendalian 150 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bakal dibaik pulih tahun depan melibatkan kos RM150 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah berkenaan juga meliputi proses menyelenggara dan membaikinya.

“Projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini. Tahun hadapan, tekad yang sama akan diperhebat bagi membaik pulih tandas-tandas awam seluruh negara,” katanya ketika membentang Belanjawan 2024.

Tahun ini, kerajaan menumpukan kerja penyelenggaraan tandas bagi 8,354 sekolah dengan peruntukan RM630.77 juta yang bermula pertengahan Julai lepas.

“Tidak boleh diterima akal bahawa selama ini kita membiarkan anak-anak mengharungi alam persekolahan dengan kemudahan asas khususnya tandas yang rosak dan uzur.

“Insya-Allah, projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini juga,” katanya.


Pengarang :