Usahawan produk kayu Mohammad Farris Che Abdul Aziz (kanan) membantu peserta bengkel pembuatan produk kayu Jaimie Yeow Yi Wen (kiri) mengendalikan mesin pemotong bagi menyiapkan produk perhiasan dinding yang dihasilkan daripada kayu terpakai di Dataran Pahlawan, Melaka pada 7 Ogos 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

RM28 juta bangunkan platform MYStartup, himpun syarikat pemula niaga

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM28 juta bagi membangunkan paltform MYStartup sebagai tetingkap tunggal yang menghimpunkan syarikat pemula niaga di samping mempermudahkan aktiviti perniagaan sepanjang kitaran hayat syarikat tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah ini selaras dengan keputusan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Industri Ke-4 Negara.

“Inisiatif ini akan mengoptimumkan dana sebanyak RM200 juta di bawah pelbagai agensi pembiayaan dan modal teroka di bawah satu paltform,” katanya dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam usaha mengantarabangsakan syarikat pemula tempatan serta meningkatkan daya saing untuk menembusi pasaran serantau, beliau berkata Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLIC) telah menyediakan dana sehingga RM1.5 bilion.

Dana ini katanya untuk menggalakkan syarikat pemula niaga termasuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera menceburi bidang pertumbuhan tinggi bernilai tinggi (HGHV) seperti ekonomi digital, teknologi angkasa serta elektronik dan elektrikal.

– BERNAMA


Pengarang :