Antara produk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang terpilih dalam program Kita Ke Kampung #produkkampung4u selepas dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 2 Februari 2023. Foto Facebook Borhan Aman Shah
AGENDANASIONAL

Dana pinjaman RM8 bilion sokong syarikat perusahaan kecil, sederhana

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Dana pinjaman berjumlah RM8 bilion disediakan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyokong syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, RM600 juta khusus untuk membantu perusahaan mikro dan usahawan berpendapatan rendah, kontraktor kecil, penerapan amalan kelestarian dan sektor berkaitan kerterjaminan makanan.

“Bagi 2024, RM600 juta disediakan di bawah Dana Impak Khazanah Nasional dengan keutamaan untuk mengalakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi lebih banyak peluang kepada komuniti desa, separa bandar dan golongan kurang mendapat perkhidmatan kewangan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, hari ini.

– BERNAMA


Pengarang :