Orang ramai membawa pulang barangan yang dibeli pada Program Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Ampang di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Ampang, Ampang Jaya pada 12 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Bandar Utama antara tiga lokasi jualan murah PKPS esok

SHAH ALAM, 13 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke tiga lokasi esok.

PKPS menerusi Facebook memaklumkan program peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari di Sekolah Kebangsaan Tropicana (Gate C).

Selain itu di Dewan Serbaguna Seksyen 7 (DUN Kota Damansara) dan Persiaran Perdana Desa Aman Puri (DUN Bukit Lanjan).

JER yang dijenamakan semula daripada Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan hingga Disember ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Barangan dijual termasuk ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Lokasi terkini JER boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau rujuk pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :