Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan dapur pada harga murah sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Jalan Balai Raya, Kampung Bukit Cherakah, Kuala Selangor pada 2 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan barangan dapur murah di DUN Ijok, Kota Kemuning, Morib hari ini

SHAH ALAM, 16 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor yang menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga murah diteruskan ke tiga lokasi hari ini mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan murah berkenaan dijadual berlangsung di perkarangan Masjid Kampung Jaya Setia (DUN Ijok), Dewan MBSA Pulai Seksyen 27A, Jalan Sungai Gapis (DUN Kota Kemuning) dan Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang (DUN Morib).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :