Dua lelaki ditemukan lemas di Tasik Bandar Puteri, Klang jam 12 tengah malam 15 Oktober 2023. Foto JBPM Selangor
AGENDAJENAYAH

Dua lelaki lemas dipercayai menjala ikan di Tasik Bandar Puteri

SHAH ALAM, 16 OKT: Dua lelaki ditemukan lemas di Tasik Bandar Puteri, Klang dekat sini, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kedua-dua lelaki berusia 29 dan 30 tahun itu ditemukan jam 12 tengah malam.

Beliau berkata empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas serta lapan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.07 malam.

Ahmad Mukhlis berkata kedua-dua mangsa ditemukan di dasar sungai pada jarak 10 meter dari tebing dengan kedalaman dua meter setelah bomba melaksanakan pencarian di permukaan.

“Dipercayai mereka menjala ikan di tasik itu. Kita serahkan mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

– BERNAMA


Pengarang :