Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Ampang Campuran, Ampang Jaya pada 4 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah diteruskan ke Sabak, Permatang, Sungai Tua esok

SHAH ALAM, 16 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga murah diteruskan ke kawasan Sabak, Permatang dan Sungai Tua, esok bermula jam 10 pagi.

Program jualan murah itu diadakan di Dataran Lapang, Taman Berlian (Sabak), Dewan Orang Ramai Kampung Tiram Setia (Permatang) dan Flat Kenanga, Taman Gombak Permai (Sungai Tua).

Jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memberi manfaat kepada lebih dua juta penduduk di Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 16 Januari.

PKPS juga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi program jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :