Sebahagian penerima baucar Jom Shopping Deepavali kelihatan gembira setelah menerima baucar tersebut yang disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar pada program Jom Shopping Deepavali DUN Sungai Tua di Sri Ternak, Gombak pada 16 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Sempena Deepavali, DUN Kota Anggerik buka permohonan baucar beli-belah

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 17 OKT: Keluarga dengan pendapatan isi rumah kurang RM2,000 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik layak memohon baucar Jom Shopping sempena perayaan Deepavali.

Wakil rakyatnya Najwan Halimi berkata permohonan baucar beli-belah bernilai RM200 boleh dibuat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Kota Anggerik sehingga 20 Oktober ini.

“Pemohon perlu sertakan salinan kad pengenalan diri dan pasangan, bukti pendapatan dan salinan bil utiliti. Selain itu sijil berkaitan perlu dikemukakan jika pemohon sudah bercerai dengan pasangan atau meninggal dunia.

“Penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tidak layak memohon baucar RM200 itu,” katanya di Facebook.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 0184004510 atau 0355239888.

Jom Shopping Raya diperkenal dengan menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat mengikut perayaan masing-masing.

 


Pengarang :