Tangkap layar temu bual EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1 pada 17 Oktober 2023.
EXCOSELANGOR

Anugerah inovasi Selangor galak budaya reka cipta semua lapisan masyarakat

SHAH ALAM, 17 OKT: Penganjuran Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) antara usaha Kerajaan Negeri  memberi peluang kepada semua kelompok masyarakat mencipta produk inovasi yang boleh dimanfaatkan ramai.

EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata anugerah tahunan itu terbuka kepada pelbagai kategori seperti sektor awam, swasta, institusi pengajian tinggi (IPT), pelajar sekolah dan rakyat akar umbi.

“Anugerah inovasi ini luar daripada lingkungan penjawat awam kerana kita juga mahu menggalakkan inovasi-inovasi di peringkat swasta, IPT sehingga ke akar umbi.

“Saya menggalakkan rakyat Selangor untuk cuba masuk dalam pertandingan AINS ini tahun depan. Untuk tahun ini, pemenang sudah ada akan diumum pada Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (SRIE) sempena SIBS,” katanya.

Bercakap dalam siaran langsung Selamat Pagi Malaysia di TV1 hari ini, beliau memaklumkan tujuh kategori dipertanding bagi anugerah itu meliputi sektor awam (pihak berkuasa tempatan, pejabat tanah dan daerah serta agensi).

Selain itu, sektor swasta, IPT, sekolah dan akar umbi dengan johan setiap kategori bakal memperoleh ganjaran wang tunai RM5,000, manakala anugerah khas (RM3,000).

Tangkap layar temu bual EXCO Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1 pada 17 Oktober 2023.

Pengarang :