Graduan Universiti Selangor (Unisel) menerima ijazah sempena istiadat konvokesyen ke-17 di Dewan Canselor Unisel kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 9 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Unisel buka permohonan pelajar baharu, hari daftar 16 November 2023

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM,18 OKT: Universiti Selangor (Unisel) membuka permohonan pelajar baharu bagi kemasukan sesi November tahun ini.

Institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu menawarkan program pengajian di peringkat program asas, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Permohonan boleh dibuat dalam talian menerusi pautan http://apply.unisel.edu.my dan semakan program ditawar di https://www.unisel.edu.my/admission/programmes-offered/.

Unisel menerusi Facebook memaklumkan yuran pendaftaran adalah minimum selain memiliki prasarana terbaik, mereka turut menawarkan Skim Biasiswa Tahun Asas serta program pengajian yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pendaftaran pelajar baharu sesi kali ini akan diadakan pada 16 November 2023 (Khamis).

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03 5522 3400 atau whatsapp https://wa.me/+60183788756 (Cik Noor Suraya), https://wa.me/+60183728049 (Cik Rehan) https://wa.me/+60183566703 (Encik Fadly) dan https://wa.me/+60183816472 (Cik Bunga).


Pengarang :