Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen pada 22 Februari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Saringan ketat calon pengasuh, jalani ujian psikometrik

SHAH ALAM, 19 OKT: Cadangan untuk memperketat dan mewajibkan saringan keselamatan terhadap calon yang ingin bekerja sebagai pengasuh akan dibuat bagi mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Nancy Shukri berkata perbincangan akan dibuat bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri dan polis, lapor Berita Harian.

“Kita juga akan bersama pengusaha taska melihat calon pengasuh ini menjalani ujian psikometrik,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Tebrau Jimmy Puah Wee Tse berhubung langkah diambil kementerian bagi mengurangkan kes dera kanak-kanak yang semakin meningkat.

Pada Mac lalu, Nancy memaklumkan sebanyak 336 kes penderaan kanak-kanak di rumah pengasuh dan pusat asuhan dilaporkan antara 2021 hingga 2022.

Beliau berkata jumlah itu membabitkan kes pelbagai kategori termasuk rumah pengasuh, pusat asuhan, taska berdaftar, taska tidak berdaftar dan tadika.


Pengarang :