Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerima anugerah tempat pertama bagi pertandingan pengiktirafan medan selera bersih PBT 2023 (kategori B) pada Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023 di Putrajaya pada 17 Oktober 2023. Foto Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MPKL, MPAJ, MPSepang rangkul anugerah KPKT, cemerlang pelbagai perkhidmatan

SHAH ALAM, 19 OKT: Tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor merangkul pelbagai anugerah dalam Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan tiga PBT itu adalah Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).

Agensi itu memaklumkan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mendahului dengan tiga anugerah iaitu tempat pertama bagi pertandingan pengiktirafan medan selera bersih PBT 2023 (kategori B).

“Dua lagi anugerah diterima MPKL adalah PBT cemerlang bagi kempen pasar awam bersih 2022 dan kempen basmi tikus 2023.

“Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dianugerahkan PBT cemerlang bagi kempen basmi tikus 2022 dan kempen membasmi hotspot denggi di kawasan PBT 2022.

“Majlis Perbandaran Sepang menerima anugerah PBT cemerlang bagi kempen pasar awam bersih 2023,” katanya di Facebook.

Menerusi penganugerahan itu katanya Kerajaan Negeri berharap dapat memangkin usaha semua PBT di Selangor untuk terus cemerlang dalam semua aspek penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.


Pengarang :