Tangkap layar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dicatatkan di Klang, Selangor setakat 9 pagi pada 19 Oktober 2023. Foto laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia
AGENDANASIONAL

Klang kekal catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi tadi

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Klang kekal mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini dengan bacaan 154.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, sejumlah 51 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100) manakala 16 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

– BERNAMA


Pengarang :