Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan titah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada 14 Februari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jumlah ketua isi rumah miskin tegar turun lebih 19,000 sejak Februari

SHAH ALAM, 19 OKT: Bilangan ketua isi rumah miskin tegar berdaftar berkurang lebih 19,000 kepada 110,663 orang antara Februari hingga September tahun ini, kata timbalan menteri ekonomi.

Merujuk data dinamik e-Kasih, Datuk Hanifah Hajar Taib menjelaskan penurunan itu antaranya didorong keberkesanan program pembasmian kemiskinan tegar oleh pelbagai agensi dan jabatan negeri.

“Usaha membasmi kemiskinan dijalankan pelbagai pihak termasuk Pihak Berkuasa Koridor, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan pejabat daerah.

“Pejabat daerah melalui sokongan EPU menjadi pemudah cara bagi melaksana program kemiskinan tegar dengan sesi libat urus bersama peserta bagi mendapatkan cadangan,” katanya.

Menjawab soalan wakil rakyat Merbok Nazri Abu Hassan di Dewan Rakyat hari ini, Hanifah Hajar menambah situasi pasaran buruh negara juga bertambah baik pada suku kedua tahun ini.

Beliau menjelaskan kadar pengangguran bagi tempoh berkenaan menurun kepada 3.4 peratus berbanding 3.9 peratus pada suku kedua tahun lalu dan kerajaan terus komited menangani isu tersebut.


Pengarang :