EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor Najwan Halimi berucap ketika Simposium Tindakan Pengurangan Risiko Bencana (DRR): Kolaborasi Awam, Swasta, Ahli Akademik dan Komuniti di Hotel Geno, Shah Alam pada 20 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Aplikasi kaedah sains, teknologi mudahkan pengesanan awal bencana

SHAH ALAM, 21 OKT: Kaedah sains dan teknologi yang diaplikasi dalam program pengurangan risiko bencana (DRR) memudahkan pengesanan awal satu-satu krisis, kata pengarah Pusat Persediaan dan Pencegahan Bencana (DPPC) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Menurut Dr Khamarrul Azahari Razak, pemodelan saintifik dari Jepun yang dibukukan dalam modul program terbabit memudahkan penduduk mengambil tindakan jika berlaku bencana di kawasan mereka.

“Menerusi pemodelan ini misalnya di Hulu Langat kita telah menjangka banjir besar pada Disember 2021 dan kawasan mana yang bakal dinaiki air. Jadi penduduk lebih arif buat tindakan lebih bersasar berdasarkan data sains.

Kakitangan pelbagai agensi menyertai Simposium Tindakan Pengurangan Risiko Bencana (DRR): Kolaborasi Awam, Swasta, Ahli Akademik dan Komuniti di Hotel Geno, Shah Alam pada 20 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Bagaimanapun teknologi sains ini hanya bertindak sebagai ‘tools’ (alat). Paling penting pengetahuan dan tindakan komuniti itu sendiri. Sebab itu kita jemput ketua komuniti bentang idea mereka melalui program ini.

“Pihak saintis bantu mereka daripada belakang kerana mereka (ketua komuniti) barisan hadapan apabila berlaku bencana. Mereka yang bertindak berasaskan maklumat sains bagi memastikan keselamatan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Simposium Tindakan DRR: Kolaborasi Awam, Swasta, Ahli Akademik dan Komuniti di Hotel Geno di sini semalam.

Hadir sama EXCO Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi.

EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor Najwan Halimi pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Simposium Tindakan Pengurangan Risiko Bencana (DRR): Kolaborasi Awam, Swasta, Ahli Akademik dan Komuniti di Hotel Geno, Shah Alam pada 20 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

DRR melibatkan perkongsian pintar Institut Penyelidikan Antarabangsa Sains Bencana (IRIDeS) Universiti Tohoku, Jepun; DPPC UTM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor selama empat tahun.

Program dibiayai sepenuhnya Agensi Perbadanan Antarabangsa Jepun menumpukan pemahaman komuniti terhadap risiko bencana dalam komuniti mereka berdasarkan data saintifik dan teknologi.

Selain itu, ia menjadi peneraju DRR di sesuatu lokaliti bagi membolehkan mereka berkongsi pengetahuan DRR kepada orang ramai selain melaksanakan tindakan DRR yang berkesan dalam kalangan komuniti masing-masing.

EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor Najwan Halimi menerima plak kerjasama Kerajaan Negeri bersama Japan International Cooperation Agency (JICA) selepas merasmikan majlis penutupan Simposium Tindakan Pengurangan Risiko Bencana (DRR): Kolaborasi Awam, Swasta, Ahli Akademik dan Komuniti di Hotel Geno, Shah Alam pada 20 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :