Pengunjung melawat reruai pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sidang niaga Selangor tingkat pengetahuan pelajar, ketengah produk usahawan

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Sidang Kemuncak Niaga Antarabangsa Selangor (SIBS) menjadi medium menambah pengetahuan buat sekumpulan pelajar diploma kulinari S.A.I International College.

Saidatul Khairina Hassan, 19, berkata dengan menghadiri sidang itu, dia dan rakan sekelas dapat melihat realiti industri perniagaan terutama berdepan dengan pelanggan.

“Dapat lihat cara mereka promosi produk untuk meyakinkan pelanggan. Ini menaikkan semangat kami dalam meneroka industri ini.


Saidatul Khairina Hassan, 19, pelajar diploma kulinari S.A.I International College ditemui pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kami juga dapat menimba ilmu perniagaan dari beberapa agensi kerajaan. Saya rasa pelajar lain juga boleh menjadikan program ini sebagai rujukan pelajaran,” katanya ditemui di SIBS 2023 semalam.

Sementara itu eksekutif pemasaran sebuah syarikat makanan Hayatul Zakaria berpuas hati dengan penganjuran SIBS kendalian Invest Selangor Berhad.

Jelasnya selama tiga tahun berturut-turut, dia bersama beberapa wakil syarikat berkunjung ke SIBS bagi memantau tren jualan produk terkini.


Eksekutif pemasaran syarikat makanan Hayatul Zakaria ditemui pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Tahun depan kami berhasrat sertai sidang ini lagi. Tiga tahun kami pantau, datang sini untuk lihat sendiri perjalanan SIBS serta permintaan pelanggan,” katanya.

Sidang tahunan yang diperkenalkan pada 2016 menampilkan enam acara utama iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) dan Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan).

Turut dianjur Ekspo Taman Perindustrian Selangor, Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia.

Juri menilai makanan ketika Festival Kulinari Antarabangsa Selangor ke-5 sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sidang bertaraf antarabangsa itu turut disertai agensi kerajaan termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Majlis Amanah Rakyat serta Jabatan Perikanan.

Antara negara luar yang mengambil bahagian dalam penganjuran kali ini ialah China, Indonesia, Japan, Uganda, Vietnam, Kazakhstan, Korea, Turki, Kenya dan Australia.

Pengunjung melawat reruai pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :