EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berucap ketika Persidangan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Ekspo perubatan kongsi cabaran negara menua, usaha perkasa industri kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan) yang diketengahkan dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa (SIBS) mampu menangani cabaran kompleks berkait industri penjagaan kesihatan di Malaysia.

EXCO kesihatan awam berkata cabaran dihadapi termasuk perkhidmatan penjagaan kesihatan berikutan penduduk semakin menua, kekurangan tenaga kerja selain akses penjagaan berkualiti untuk penduduk berpendapatan rendah dan sederhana.

Jamaliah Jamaluddin memaklumkan kekangan lain membabitkan peningkatan kos penjagaan kesihatan dan penyakit kronik yang memberi kesan serius terhadap masa depan penjagaan kesihatan khususnya peruntukan bajet.

“Selangor meletakkan dirinya sebagai destinasi utama industri penjagaan kesihatan di Malaysia dan rantau ini. Jadi cabaran terbabit menuntut kerjasama serta perkongsian semua pihak berkepentingan bagi memperkasa sistem penjagaan kesihatan.

“Saya gembira kerana SIE (Perubatan) tahun ini menangani beberapa cabaran penting ini,” katanya berucap pada Persidangan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berucap ketika Persidangan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 20 peratus daripada 84 pempamer yang menyertai SIE (Perubatan) edisi ketiga membabitkan syarikat antarabangsa, sekali gus membuktikan komitmen pihak terbabit menangani masalah berkenaan.

Menyifatkan ia sebagai angka memberangsangkan, Jamaliah berharap lebih ramai pemain industri membantu mempromosi dan mengembangkan sektor perubatan negeri ini terutama pasca pandemik yang kian mencabar.

“Penglibatan pemain industri yang berbeza membolehkan mereka bertemu, belajar, meneroka teknologi terkini, inovasi dan trend perniagaan semasa bidang farmaseutikal, bioteknologi, peranti perubatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan,” katanya.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin melawat ke reruai selepas menghadiri Persidangan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :