EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han (tengah) menyaksikan penukaran perjanjian pesefahaman (MoU) antara Invest Selangor Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Dato’ Hasan Azhari Idris (kiri) dan Universiti Putra Malaysia oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM Prof Dr Ismi Arif Ismail ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Invest Selangor-UPM jalin kerjasama kembang sektor bioteknologi negeri

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mengembangkan sektor bioteknologi negeri ini.

Agensi penggalak pelaburan negeri memaklumkan kerjasama berkenaan selaras Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor (SBAP) dengan menumpukan beberapa cabang.

Menurutnya, tumpuan itu membabitkan bioteknologi perubatan dan penjagaan kesihatan, bioteknologi pertanian serta subsektor bioteknologi industri dan alam sekitar.

“Kerjasama ini tanda kesediaan kita memainkan peranan penting untuk meletakkan Selangor destinasi pelaburan menarik bagi mereka yang ingin memasuki landskap bioteknologi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, pertukaran MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Dato’ Hasan Azhari Idris dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM Prof Dr Ismi Arif Ismail.

Pertukaran Mou sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini turut disaksikan EXCO Pelaburan dan Perdagangan Ng Sze Han.

Dalam kenyataan sama, Invest memberitahu MoU itu melibatkan pembangunan ekosistem bioteknologi melalui akademik dan penyelidikan, pemindahan pengetahuan, perkongsian kepakaran serta tenaga kerja mahir.


Pengarang :