EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah menyampaikan anugerah kepada Datuk Fauziah Nawi ketika majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Selangor di Hotel De Palma, Shah Alam pada 21 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Anugerah seni budaya negeri milik Fauziah Nawi, iktiraf kerja keras bidang seni

SHAH ALAM, 21 OKT: Seniwati Datuk Fauziah Nawi dinobat sebagai penerima Anugerah Seni Budaya Selangor atas kecemerlangan dan ketokohan dalam bidang seni dan teater.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah di Hotel De Palma di sini, hari ini.

Anugerah itu melayakkan Fauziah yang juga penerbit, pengarah dan pelakon filem membawa pulang wang tunai RM3,000, piala dan sijil.

EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah bersama penerima anugerah ketika majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Selangor di Hotel De Palma, Shah Alam pada 21 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pada majlis sama tiga lagi anugerah turut disampaikan iaitu Anugerah Penggiat Seni, Anugerah Sinar Seni dan Anugerah Pemangkin Seni Budaya dengan penerima masing-masing membawa pulang RM1,000, piala dan sijil.

Borhan ketika ditemui berkata pihaknya berhasrat meluaskan anugerah berkenaan kepada pelbagai bidang bagi menghargai lebih ramai penggiat seni termasuk penyair dan penyajak.

EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah bercakap selepas majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Selangor di Hotel De Palma, Shah Alam pada 21 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Pengiktirafan ini atas usaha mereka. Memang sudah lama kita rancang dan kemungkinan akan buat anugerah bagi penggiat seni berbilang kaum.

“Kita akan pastikan penggiat seni ini tidak dilupakan dan kerja keras mereka dihargai,” katanya.

Sementara itu, Fauziah berkata anugerah berkenaan mengiktiraf usaha kerasnya dalam bidang seni dan budaya sejak 50 tahun lalu.

Datuk Fauziah Nawi bercakap kepada media selepas majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Selangor di Hotel De Palma, Shah Alam pada 21 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Awak buat kerja, awak dapatlah. Apa-apa kerja awak buat, kena buat betul-betul. Tak boleh buat kerja main-main. Buat apa pun kena betul-betul. Seni tak boleh main-main. Sebab orang rasa masuk seni ini semua drop out (tercicir), tiadalah,” katanya.

Anugerah Seni Budaya Negeri bertujuan mengiktiraf dan menghargai penggiat seni budaya dan persatuan yang bertungkus lumus menghasilkan karya seni, membangunkan dan menyemarakkan seni budaya di Selangor dan Malaysia amnya.

Ia juga bertujuan memberi suntikan semangat kepada penggiat seni dan persatuan seni budaya untuk terus bersaing menghasilkan karya berkualiti serta memberi berimpak tinggi dalam konteks menyemarakkan pembangunan industri seni di Selangor.


Pengarang :