Pengujung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Dewan Orang Ramai Batu 16, Dusun Tua, Hulu Langat pada 23 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

JER ringankan beban rakyat, ramai mahu program diteruskan tahun hadapan

HULU LANGAT, 23 OKT: Program jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) terus mendapat sambutan orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan asas di setiap lokasi penganjurannya.

Berharap ia diteruskan tahun hadapan, pengunjung Nur Anis Samlan, 25, mengakui Jualan Ehsan Rahmah (JER) membantunya berjimat sehingga RM200 berbanding berbelanja di pasar raya.

Nur Anis Samlan, 25,

“Kelebihan program ini ia berlangsung di lokasi berdekatan kediaman penduduk. Seperti hari ini saya dapat jimat petrol dan tol.

“Jadi ia membolehkan saya berbelanja lebih lagi di JER,” katanya ketika ditemui di JER peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua di Dewan Batu 16, di sini.

Ramlan Ismail, 65,

Pandangan sama turut dikongsi Ramlan Ismail, 65, selain mengakui JER bukan sahaja meringankan beban perbelanjaan malah memudahkan warga emas sepertinya mendapat barangan dapur.

“Saya berharap program ini diteruskan tahun hadapan sangat memudahkan warga emas seperti saya dapatkan bekalan barang dapur yang menjimatkan,” katanya.

Mereka antara 300 penduduk hadir untuk mendapatkan barangan dapur murah dengan sebahagiannya sudah beratur sejak 7.30 pagi.

Pengujung tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Dewan Orang Ramai Batu 16, Dusun Tua, Hulu Langat pada 23 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Sebanyak 300 ekor ayam, 200 pek beras Ehsan keluaran PKPS dan 160 pek daging habis kurang dua jam selepas jualan dibuka pada 10 pagi

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat.


Pengarang :