Sebuah lori sampah disita dalam operasi membenteras pembuangan sampah haram di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di Telok Panglima Garang, Banting pada 20 Oktober 2023. Foto Facebook MPKL
PBTSELANGOR

Banteras pembuangan sampah haram, MPKL sita lori sampah, jentera pengorek

SHAH ALAM, 24 OKT: Dua lori dan sebuah jentera pengorek berantai disita Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dalam operasi membanteras pembuangan sampah haram minggu lalu.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan tindakan sitaan lori sampah, lori roll on rool off (RORO) dan jentera itu dibuat dalam dua operasi berasingan di Telok Panglima Garang, Banting pada 18 dan 20 Oktober.

Katanya tindakan sitaan kesemua jentera itu dibuat di bawah Undang-Undang Kecil 21(1), UUK Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007.

“Pada 18 Oktober sebuah jentera pengorek berantai (excavator) dan sebuah lori RORO membawa sisa binaan dan sampah ditahan kerana dipercayai melakukan pembuangan di tempat tidak ditetapkan MPKL dan menyebabkan kacau ganggu di kawasan tanah lot.

“Pada 20 Oktober tindakan sitaan sebuah lori sampah dibuat. Notis kesalahan turut dikeluarkan kepada kesemua pemilik kenderaan di bawah Undang-Undang Kecil 4, UUK Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007,” katanya.

MPKL turut memberi amaran tindakan tegas akan diambil kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menjalankan aktiviti ini.


Pengarang :