Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah bagi tempoh 7 hingga 13 Disember 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga RON97, RON95, diesel kekal hingga 1 November

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 26 Oktober hingga 1 November.

Kementerian Kewangan (MOV) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berasaskan kepada harga mingguan produk petrolium mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa,” menurut MOF.

Menurut kenyataan itu kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

– BERNAMA


Pengarang :