Wakil rakyat Balakong Ong Chun Wei meninjau beberapa kawasan panas yang sering dilanda banjir kilat pada 6 September2023. Foto Facebook Ong Chun Wei
ADNSELANGOR

Wakil rakyat pastikan parit bersih elak banjir kilat di Balakong

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM,26 OKT: Saliran parit di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong giat dibersihkan bagi mengelakkan banjir kilat berikutan hujan lebat kebelakangan ini.

Wakil rakyatnya Ong Chun Wei berkata pembersihan berskala besar bersama agensi berkaitan dibuat di lokasi tumpuan yang kerap dilanda musibah itu antaranya Jalan Kasturi dan Sungai Chua.

“Hasil tinjauan saya dapati parit di kawasan ini kebanyakan rekaan lama atau bersaiz kecil. Ditambah timbunan sampah-sarap, ia menyekat aliran air menyebabkan banjir kilat.

“Saya memohon kepada Majlis Perbandaran Kajang dan KDEB Waste Management untuk membuat pembersihan secara berperingkat sementara naik taraf parit dijalankan dalam masa terdekat,” katanya.

Chun Wei turut menasihatkan komuniti DUN Balakong supaya menjaga kebersihan kawasan sekitar dengan tidak sewenang-wenangnya membuang sampah di tempat bukan sepatutnya.

 


Pengarang :