Oleh NAS NORZIELA NASBAH
SHAH ALAM, 26 OKT: Infrastruktur taman rekreasi di beberapa kawasan perumahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong akan di naik taraf bagi memberi keselesaan kepada penduduk.
Wakil rakyatnya Ong Chun Wei berkata kemudahan untuk aktivti senaman atau riadah perlu ditambah baik bagi menyokong matlamat untuk melahirkan masyarakat yang sihat.
“Saya ada berkunjung ke Taman Putri Jaya, saya melihat banyak kemudahan yang perlu ditambah baik seperti gazebo yang boleh dijadikan tempat berehat selepas bersenam.
“Selain itu, saya terima pandangan supaya diwujudkan ruang komuniti di setiap taman rekreasi perumahan. Ini satu cadangan yang baik kerana ia memudahkan penduduk berkumpul serta menjalankan aktiviti bersama,” katanya di Facebook.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/10/m2-9-500x375.jpg.webp)