Pelancaran kios cetakan lesen perniagaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Lobi Ibu Pejabat MBPJ pada 26 Oktober 2023. Foto MBPJ
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBPJ lancar kemudahan cetakan lesen, manfaat lebih 20,000 peniaga

SHAH ALAM, 27 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menempatkan lapan kios kemudahan cetakan lesen perniagaan bagi memudahkan peniaga sekitar.

Timbalan Datuk Bandarnya berkata inisiatif itu memanfaatkan kira-kira 21,370 pemegang lesen tred perniagaan dan perindustrian yang tidak berkaitan pembaharuan Kebenaran Merancang.

“Kemudahan mesin ini dapat membantu peniaga untuk mengatur sendiri masa mereka tanpa perlu beratur panjang dan hanya pergi ke kios disediakan bagi mencetak lesen.

Kios cetakan lesen perniagaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Foto MBPJ

“Kita berharap dengan inisiatif ini segala rungutan mereka perlu menunggu lama untuk mendapatkan cetakan lesen sebelum ini dapat dikurangkan,” kata Aznan Hassan ketika ditemui selepas melancarkan kemudahan itu di Lobi Ibu Pejabat MBPJ, semalam.

Selain cetakan lesen, kios berkenaan turut menyediakan kemudahan seperti bayaran cukai taksiran, kompaun, tempahan dewan, bayaran bil dan bayaran lesen MBPJ.

Lapan lokasi kios tersebut adalah seperti berikut:

1. Lobi Ibu pejabat MBPJ – (7.30 pagi – 9 malam)
2. Lobi Menara MBPJ – (7.30 pagi – 9 malam)
3. Kaunter Pandu lalu – (8 pagi – 4 petang)
4. Lobi Pejabat Cawangan Kota Damansara – (8 pagi – 4 petang)
5. Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya – (7.30 pagi – 9 malam)
6. Pasar Taman Megah – (7.30 pagi – 9 malam)
7. Pasar PJKita SD5 – (7.30 pagi – 9 malam)
8. Gerai Makan SS22 Atria – (7.30 pagi – 9 malam)


Pengarang :