Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah diteruskan di tujuh lokasi termasuk di Segi Fresh esok

SHAH ALAM, 27 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat cawangan pasar raya Segi Fresh esok.

Program jualan murah barangan dapur seperti ayam, ikan dan minyak masak dijadual berlangsung di cawangan Segi Fresh Saujana Utama, Bandar Tasik Puteri, Kuala Kubu Bharu dan Salak Tinggi.

“Bersama PKPS, kami bekerjasama dalam misi memberikan manfaat kepada yang memerlukan terutama golongan berpendapatan rendah ekoran kenaikan kos sara hidup.

“Dapatkan barangan keperluan asas yang murah dan berkualiti di Segi Fresh,” kata pasar raya itu di Facebook.

Produk ditawarkan antaranya ayam mentah RM7.49 sekilogram, daging kiub (RM10/pek), siakap (RM7 seekor), telur gred D (RM10 sepapan) dan tepung gandum (RM1.99/pek).

Jualan murah yang bermula 10 pagi turut dijadual berlangsung di tiga lagi lokasi iaitu di Dewan Seri Sekinchan (DUN Sekinchan), Padang Taman Kajang, Sungai Jelok (DUN Kajang) dan Taman Permainan Lorong Ciku(DUN Pandamaran).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Kerajaan Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan JER di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat sehingga kini.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :