SHAH ALAM, 28 OKT: Pembeli hartanah bawah projek pembangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berpeluang menikmati diskaun hingga 46 peratus bagi produk perkakas rumah jenama Samsung.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mahmud Abbas berkata tawaran diskaun eksklusif itu bermula sejak 1 Oktober sebagai tanda penghargaan buat pembeli yang menyokong projek pembangunan PKNS.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/10/P_PKNSHOMEBUYER-1-500x333.jpg.webp)
”Para pembeli bukan sahaja bakal memiliki rumah sendiri tetapi juga berpeluang menggunakan produk Samsung yang telah terbukti mempunyai kualiti terbaik.
“Tawaran ini membantu mereka menyediakan kelengkapan seperti televisyen, peti ais dan mesin basuh yang memberi nilai tambah dan menjimatkan kerana bila masuk kediaman baharu banyak menggunakan wang,” katanya.
Beliau ditemui selepas pelancaran program Discover PKNS 2023 di Tapak Karnival Stadium Shah Alam, di sini hari ini.
Pembeli rumah PKNS boleh melayari laman sesawang www.pknshomebuyers.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran ini.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/08/P-Home-Buyer-PKNS-2-500x333.jpg.webp)