EXCO Perumahan Borhan Aman Shah (dua, kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas (dua, kiri) menyempurnakan Jelajah Akhir Discover PKNS di Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada 28 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jelajah promosi hartanah PKNS dapat sambutan, sasar 20,000 pengunjung

SHAH ALAM, 28 OKT: Seramai 20,000 pengunjung dijangka menghadiri Jelajah Akhir Discover Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sepanjang tiga hari hingga esok.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata sambutan orang ramai di Tapak Karnival Stadium Shah Alam bagi mengikuti program promosi hartanah setakat ini amat memberangsangkan

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas berucap ketika Majlis Pelancaran PKNS Home Buyer Programme di Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada 28 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Selain program promosi, pelbagai acara menarik turut disajikan buat pengunjung seperti pertandingan ‘street soccer’, dunia dinosaur dan pertandingan kumpulan muzik.

“Turut diadakan ekspo kerjaya, pameran agensi kerajaan, pemeriksaan kesihatan percuma yang melibatkan 130 pempamer dan unit gerai jualan untuk membuka peluang peniaga menjana ekonomi.

“Dua persembahan pentas Konsert Discover PKNS Mega Akhir 2023 dari artis terkenal seperti Dato’ Jamal Abdillah, kumpulan XPDC, Khalifah, Tam Spider dan Mamat Exits dijangka menarik ribuan pengunjung lagi,” kata Dato’ Mahmud Abbas.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran program Discover PKNS yang disempurnakan EXCO Perumahan Borhan Aman Shah di Tapak Karnival Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah (dua, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas (dua, kanan) membuat lawatan ke reruai pameran model rumah contoh PKNS selepas merasmikan pelancaran program Discover PKNS di Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada 28 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Mahmud menambah, PKNS turut berhasrat menjadikan program berkenaan sebagai acara tahunan susulan sambutan yang memberangsangkan pada siri jelajah sebelum ini.

“Empat siri jelajah lalu di Kota Puteri, Antara Gapi, Bangi dan Kompleks PKNS Shah Alam menerima kehadiran 40,000 pengunjung. Kita mahu teruskan untuk eratkan hubungan dengan masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Mahmud memaklumkan pihaknya turut mengedarkan sebanyak 1,000 mafla ‘Pray For Gaza’ kepada pengunjung sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestine yang menjadi mangsa kekejaman regim Israel.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah (dua, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Dato’ Mahmud Abbas (dua, kanan) menunjukkan mafla Palestin tanda solidariti selepas merasmikan Majlis Pelancaran PKNS Home Buyer Programme di Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada 28 Oktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :