Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika penyerahan baucar Jom Shopping Deepavali DUN Sungai Tua di Seri Ternak, Selayang Baru pada 29 ktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Tiada pihak terpinggir terima kebajikan, pembangunan

GOMBAK, 29 OKT: Kerajaan Negeri mengulangi komitmen memastikan tiada mana-mana pihak terpinggir daripada menerima kebajikan dan pembangunan.

Dato’ Menteri Besar berkata pentadbiran negeri akan memastikan semua pihak diberi layanan adil mengikut perlembagaan.

Dato’ Seri Amirudin Shari juga berharap rakyat tidak mudah termakan hasutan pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menimbulkan sengketa dan perpecahan.

“Jangan mudah termakan api perkauman untuk pecah belahkan kita. Kalau kita rasa curiga dan timbulkan sengketa, akhirnya kita tidak akan maju dan mudah dipengaruhi pihak luar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Agihan Baucar Jom Shopping sempena perayaan Deepavali di Pasaraya Sri Ternak Selayang Baru di sini hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan baucar Jom Shopping Deepavali DUN Sungai Tua di Seri Ternak, Selayang Baru pada 29 ktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sebanyak 400 baucar diagih kepada penerima terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi meringankan beban perbelanjaan menjelang perayaan.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan mengikut komponen kaum yang bakal memanfaatkan 82,400 penerima.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.


Pengarang :