Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan baucar Jom Shopping Deepavali DUN Sungai Tua di Seri Ternak, Selayang Baru pada 29 ktober 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB: 22,000 terima baucar beli-belah RM200 sempena Deepavali

SHAH ALAM, 1 NOV: Sebanyak 22,000 baucar Jom Shopping diagih kepada keluarga berpendapatan rendah sempena perayaan Deepavali yang disambut minggu depan.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif melibatkan belanja RM4.4 juta membuktikan pentadbiran negeri bukan hanya memajukan negeri malah turut mengangkat nilai manusiawi dan kebajikan.

“Tradisi Kerajaan Negeri sempena perayaan utama di Selangor, baucar Jom Shopping RM200 akan diedarkan kepada mereka yang memerlukan agar kemeriahan perayaan dapat disambut bersama.

“Tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM4.4 juta untuk 22,000 baucar sempena Deepavali,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Selain Deepavali, inisiatif bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) turut diberi kepada keluarga kurang mampu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina.

Belanjawan tahun ini memperuntuk RM16.48 juta bagj memanfaatkan 82,400 penerima selepas nilai baucar dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.


Pengarang :