Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan pembentangan Belanjawan Selangor 2023 di Bangunan SUK pada 25 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Orang ramai dipelawa sertai soal selidik belanjawan negeri

SHAH ALAM, 1 NOV: Orang ramai dipelawa menyertai soal selidik bagi memuktamadkan perancangan Belanjawan Selangor 2024

Portal rasmi Perbendaharaan Negeri Selangor memaklumkan pandangan boleh diberikan menerusi pautan https://pwn.selangor.gov.my/soal-selidik-belanjawan-selangor-tahun-2024/.

“Anda dijemput berkongsi pandangan dan cadangan dalam rangkaan Belanjawan Selangor 2024.

“Ia bagi mendapatkan responden untuk membolehkan soal selidik ini mendapat input yang lebih inklusif,” katanya.

Portal rasmi perbendaharaan negeri memaklumkan tempoh soal selidik bermula 18 Ogos hingga 30 November ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentangkan Belanjawan Selangor 2024 dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 10 November depan. Dewan dijadual bersidang mulai 10 November hingga 24 November.

Bagi belanjawan negeri tahun ini, sejumlah RM2.45 bilion diluluskan melibatkan perbelanjaan pengurusan berjumlah RM1.25 bilion manakala pembangunan pula sebanyak RM1.2 bilion.


Pengarang :