Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima anugerah emas menerusi International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2023 di Beijing, China yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 2 Nov 2023. Foto Ihsan Majlis Perbandaran Ampang Jaya
PBTSELANGOR

MPAJ menang anugerah emas di China hasil inovasi pengumpulan air hujan

SHAH ALAM, 2 NOV: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengharumkan nama negara apabila menerima pengiktirafan tertinggi anugerah emas menerusi International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2023 di Beijing, China baru-baru ini.

Diwakili Kumpulan Archy daripada Jabatan Bangunan dan Senibina, MPAJ memperkenalkan inovasi ‘Pocket Water’ iaitu sistem pengumpulan air hujan (SPAH) bersifat mudah alih dan merangkumi pelbagai aspek pelaksanaan matlamat pembangunan mampan (SDG).

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan konvensyen antarabangsa terbabit menjadi platform dan tanda aras MPAJ untuk mencari rakan strategik dalam usaha mengembang dan mengkomersial inovasi tersebut.

“Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada MPAJ dalam usaha melestarikan pembangunan inovasi ke arah mencapai visi bandar digital dan berdaya huni menjelang 2025,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, pihak yang berminat menjadi rakan strategik berkaitan inovasi boleh hubungi Pengarah Jabatan Korporat dan Teknologi Maklumat MPAJ, Rosliza Mohd di talian 03-42968180 atau e-mel [email protected].


Pengarang :