Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang melaksanakan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kerajaan belanja lebih RM35 bilion tanggung subsidi diesel sejak 2018

SHAH ALAM, 2 NOV: Kerajaan membelanjakan lebih RM1 bilion sebulan atau RM14 bilion setahun bagi menanggung subsidi diesel.

Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian subsidi kepada sektor perikanan, kenderaan perdagangan dan persendirian bertujuan mengelak pengguna terkesan dengan kenaikan harga pasaran sebenar di peringkat global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada 19 Jun 2023. Foto BERNAMA

“Untuk tempoh 2018 hingga 2022, jumlah keseluruhan subsidi yang telah ditanggung kerajaan ke atas produk diesel melebihi RM35 bilion.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM3.9 bilion dibelanjakan untuk super subsidi diesel sektor perikanan dan hampir RM1 bilion bagi pengangkutan awam.

“Bagi sektor kenderaan barangan, harga super subsidi tidak diperuntukkan memandangkan harga belian diesel sama dengan harga runcit diesel di stesen minyak,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Wong Shu Qi (HARAPAN-Kluang) yang ingin mengetahui jumlah subsidi diesel ditanggung kerajaan bermula 2018 hingga kini.

 


Pengarang :