Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim bergambar bersama selepas meninjau Pusat Pengoperasian Bencana Daerah (DDOC) Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Seksyen U5, Shah Alam pada 2 November 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pusat operasi bencana daerah dibuka, selaras bantuan, salur maklumat tepat

SHAH ALAM, 2 NOV: Pusat operasi bencana daerah dibuka di Klang, Hulu Langat dan Petaling bermula bulan ini bagi memudahkan saluran maklumat serta penyelarasan bantuan kepada mangsa.

Setiausaha Kerajaan Negeri berkata pusat melibatkan belanja lebih RM240,000 dilengkapi sistem dan infrastruktur berteknologi tinggi yang sepenuhnya berfungsi secara dalam talian.

Jelas Dato’ Haris Kasim, bagi fasa pertama ini, pentadbiran negeri mengutamakan pembinaan di tiga daerah yang sering berdepan banjir dan akan diperluas ke daerah lain menjelang tahun depan.

“Pusat ini akan memantau keadaan semasa dan mengumpul maklumat bencana sebelum dihantar ke Smart Selangor Operation Centre (SSOC) untuk tindakan lanjut termasuk bantuan kepada mangsa.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim mendengar taklimat selepas merasmikan Pusat Pengoperasian Bencana Daerah (DDOC) Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling, Seksyen U5, Shah Alam pada 2 November 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Pusat ini juga menggunakan platform pengkongsian data negeri (SELGDX) bagi mendapatkan info terkini dari agensi tertentu antara jabatan kaji cuaca, jabatan alam sekitar.

“Sebelum ini kita menggunakan kaedah manual menyebabkan maklumat lambat diterima. Jadi pusat ini akan jadi penanda aras terhadap pengurusan bencana lebih komprehensif,” katanya selepas merasmikan pusat operasi bencana Petaling hari ini.

SELGDX dilancar bulan lalu dan menjadikan Selangor negeri pertama membangunkan portal perkongsian data bersepadu melibatkan 70 jabatan dan agensi bagi memudahkan capaian dan mempercepat pemprosesan data.


Pengarang :